Monday, November 14, 2011

Menjejak Laluan Persekutuan 2 di Kuala Lumpur / Tracking Federal Route 2 in Kuala Lumpur

Salam sejahtera,

Buat pertama kalinya Blog Jalan Raya mengadakan satu reviu eksklusif mengenai jalan-jalan raya di Malaysia. Sebagai permulaan, saya menjadikan jajaran Laluan Persekutuan 2 di Kuala Lumpur sebagai titik permulaan.

Satu perkara yang saya benci tentang jalan-jalan di Kuala Lumpur ialah papan-papan tandanya langsung tidak memartabatkan jalan persekutuan. Majoriti papan tanda di Kuala Lumpur langsung tidak menunjukkan kod laluan persekutuan kecuali kod lebuh raya ekspres sahaja. Ia amat menyusahkan pengguna jalan raya yang amat bergantung kepada penggunaan kod laluan bagi merancang perjalanan mereka, terutamanya di kalangan pelancong. Ironinya, Kuala Lumpur ialah ibu kota persekutuan Malaysia, oleh itu Kuala Lumpur sepatutnya menjadi juara dalam memartabatkan jalan persekutuan. Lebih memalukan, negeri-negeri lain termasuklah Selangor yang berjiran dengan Kuala Lumpur memartabatkan jalan persekutuan jauh lebih baik. Akibat kegagalan mempamerkan kod laluan pada papan-papan tanda, ia mengakibatkan muncul pautan putus bagi Laluan Persekutuan 2 di Kuala Lumpur antara Lebuhraya Persekutuan / Jalan Syed Putra dengan Lebuhraya Karak.



Hi everyone,

For the first time ever, Malaysian Highway Blog has conducted an exclusive review regarding Malaysian highways. As a beginning, I made the Kuala Lumpur section of the Federal Route 2 as the starting point.

One thing that I hate about roads in Kuala Lumpur is the fact that its signboards never honour federal roads. The majority of signboards in Kuala Lumpur never show any federal route code except expressway codes. It troubles road users who heavily rely on route code usage to plan their journey, especially among tourists. Ironically, Kuala Lumpur is the Malaysian federal capital; therefore, Kuala Lumpur is supposed to be a champion in honouring the federal highways. More embarrassing, other states including the neighbouring state Selangor are capable in honouring federal highways a lot better. Due to the failure of showing route signs in signboards, a missing link of the Federal Route 2 between the Federal Highway / Jalan Syed Putra with the Karak Expressway.


Peta jajaran Jalan Persekutuan 2 di Kuala Lumpur (klik untuk besarkan)
Map of the Kuala Lumpur section of Federal Route 2 (click to enlarge)

Laluan Persekutuan 2 atau FT2 telah diwartakan pada 19 Oktober 1989 sebagai jalan raya timur-barat terpanjang di Semenanjung Malaysia dengan jarak sejauh 276.90 km. Ia menghubungkan antara Pelabuhan Klang, dengan Kuala Lumpur dan seterusnya ke Pelabuhan Tanjung Gelang, Kuantan.

Jika di Pahang, FT2 sering disebut-sebut sebagai jalan lama Kuala Lumpur-Kuantan (termasuk Lebuhraya Karak E8) manakala di Lembah Klang pula FT2 sering merujuk kepada Lebuhraya Persekutuan FT2. Setelah tiba di Kuala Lumpur, ke manakah pula perginya FT2? Blog Jalan Raya Malaysia kali ini akan mendedahkan laluan "rahsia" FT2 di Kuala Lumpur. Kerja-kerja menjejak FT2 dimulakan pada waktu malam 13 November 2011 bermula dari Persimpangan Kerinchi di Lebuhraya Persekutuan, dengan bantuan teman wanita saya sendiri. Kami mula berhenti di Jalan Syed Putra untuk mengambil gambar.



The Federal Route 2 or FT2 was gazetted on 19 October 1989 as the longest east-west highway in Peninsular Malaysia with the total length of 276.90 km. It connects between Port Klang with Kuala Lumpur and then to Port Tanjung Gelang, Kuantan.

If in Pahang, FT2 is known as the Kuala Lumpur-Kuantan old trunk road (including the Karak Expressway E8), while in the Klang Valley the FT2 refers to the Federal Highway FT2. After reaching Kuala Lumpur, where else does the FT2 go? Malaysian Highway Blog is going to reveal the "secret" route of FT2 in Kuala Lumpur. The FT2 tracking works was done in the evening of 13 November 2011, starting from Kerinchi Interchange at Federal Highway, with the help of my girlfriend. Then we stopped at Jalan Syed Putra to start taking pics.





Jalan Syed Putra ke arah KL
Jalan Syed Putra, KL bound




Jalan Syed Putra ke arah Klang
Jalan Syed Putra, Klang bound

Seterusnya, dari Jalan Syed Putra kami membelok ke kiri memasuki Jalan Damansara / Lebuhraya Mahameru di Persimpangan Istana Negara. Kami berhenti lagi di Persimpangan Parlimen untuk mengambil gambar.



Next, from Jalan Syed Putra we turned left to enter Jalan Damansara / Mahameru Highway at National Palace Interchange. We stopped again at Parliament Interchange to take more pics.




Lebuhraya Mahameru mengikut arah jam berhampiran Parlimen
Mahameru Highway, clockwise bound near the Parliament House




Lebuhraya Mahameru dari arah Istana Negara
Mahameru Highway from the National Palace




Bangunan Parlimen
The Parliament House


Sebaik sahaja menghampiri PWTC, Lebuhraya Mahameru berterusan sebagai Jalan Tun Razak. Kami terus memasuki Bulatan Pahang dan bukannya terus ke hadapan.

Untuk pengetahuan semua, projek Jalan Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur (termasuk Jalan Tun Razak dan Lebuhraya Mahameru) juga dikenali sebagai Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur-Petaling Jaya kerana sebelum ini trafik dari Jalan Pahang perlu memasuki ibu kota dan meredah jalan-jalan kecil dan sempit sebelum tiba di Jalan Syed Putra. Sebab itulah di Bulatan Pahang terdapat susur terus dari arah Jalan Gombak ke Lebuhraya Mahameru dan sebaliknya.



Once approaching the PWTC, Mahameru Highway continues as Jalan Tun Razak. We entered the Pahang Roundabout instead of going straight ahead.

For your information, the Kuala Lumpur Middle Ring Road 1 project (including Jalan Tun Razak and Mahameru Highway) is also known as Kuala Lumpur-Petaling Jaya Traffic Dispersal Scheme because previously the traffic from Jalan Pahang needed to enter the city centre, passing narrow streets before arriving at Jalan Syed Putra. That is why there are two direct ramps at Pahang Roundabout from Jalan Gombak direction to Mahameru Highway and vice-versa.





Menghampiri Jalan Tun Razak
Approaching Jalan Tun Razak




Menghampiri Bulatan Pahang
Approaching Pahang Roundabout


Di Bulatan Pahang, kami membelok kiri ke Jalan Pahang.



At Pahang Roundabout, we turned left to Jalan Pahang.





Membelok kiri ke Jalan Pahang
Turning left to Jalan Pahang


Dari Bulatan Pahang, kami meneruskan perjalanan sehingga ke Persimpangan Setapak di mana terletaknya jalan lama Kuala Lumpur ke Bentong dan Kuantan yang dikenali sebagai Jalan Gombak FT68. Laluan FT2 melalui Jalan Gombak seketika sehinggalah di simpang Jalan Kampung Bandar Dalam.

Jalan Kampung Bandar Dalam sememangnya sempit dengan hanya dua lorong sahaja, maka tiada siapa yang menyangka jalan ini sebenarnya sebahagian jajaran FT2, memandangkan Lebuhraya Karak yang asal bermula dari Kampung Bandar Dalam berhampiran Sentul.

Sebaik sahaja tiba di persimpangan Kampung Bandar Dalam di Lebuhraya Duke E33, kami terus membelok ke kanan arah ke Batu Caves dan Kuantan.



From Pahang Roundabout, we continued our journey to Setapak Interchange where the old Kuala Lumpur-Bentong and Kuantan trunk road known as Jalan Gombak FT68. Route FT2 overlaps momentarily at Jalan Gombak until Jalan Kampung Bandar Dalam intersection.

Jalan Kampung Bandar Dalam is definitely narrow with only two lanes, so nobody would expect that this road is actually a part of Route FT2, as the former Karak Expressway originally started from Kampung Bandar Dalam near Sentul.

Once we reached the Kampung Bandar Dalam Interchange at Duke Expressway E33, we turned right towards Batu Caves and Kuantan.






Memasuki Lebuhraya Duke
Entering Duke Expressway




Lebuhraya Duke E33
Duke Expressway E33


Jajaran Lebuhraya Duke dari Persimpangan Kampung Bandar Dalam ke Persimpangan Greenwood asalnya merupakan sebahagian jajaran lama Lebuhraya Karak yang tidak diambil alih oleh MTD Prime semasa Lebuhraya Karak dinaik taraf ke lebuh raya ekspres penuh 6 lorong. Sementara itu, jajaran dari Persimpangan Greenwood ke Persimpangan Gombak Utara diambil alih oleh JKR bagi projek Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2). Hanya bermula dari Persimpangan Gombak Utara lebih kurang 1 km dari Plaza Tol Gombak barulah Lebuhraya Karak FT2 dinaik taraf oleh MTD Prime sebagai E8.

Lebuhraya Karak sememangnya cantik pada waktu malam berikutan pemasangan lampu jalan LED di sepanjang laluan. Ia meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya berkenaan yang sebelum ini gelap dan sunyi pada waktu malam.



The Duke Expressway section between Kampung Bandar Dalam Interchange to Greenwood Interchange was originally a part of the former Karak Expressway that was not taken by MTD Prime when Karak Expressway was upgraded to a full 6-lane access-controlled expressway. Meanwhile, the section from Greenwood Interchange to Gombak North Interchange was taken by JKR for the Kuala Lumpur Middle Ring Road 2 (MRR2). Only after starting from Gombak North Interchange about 1 km from Gombak Toll Plaza that the Karak Expressway FT2 was upgraded by MTD Prime as the E8.

The night view of Karak Expressway is a definite beauty thanks to the LED street lights along the expressway. It increases visibility and safety along the expressway which was formerly dark and quiet at night.






MRR2 ke Lebuhraya Karak E8 / FT2
MRR2 to Karak Expressway E8 / FT2




Lebuhraya Karak yang cantik diterangi lampu jalan LED
Karak Expressway looks beautiful with LED street lights


Kembara kami tamat di Lebuhraya Karak. Kami sebenarnya tidak memasuki lebuh raya sebaliknya melalui jalan masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mengambil gambar Lebuhraya Karak dan seterusnya berpatah balik. Sebaik sahaja segala-galanya sudah tamat, saya perlu menghantar semula teman wanita saya pulang setelah dia membantu saya mendapatkan gambar-gambar menarik untuk dikongsi bersama anda semua. Terima kasih banyak-banyak ya sayang!





Our journey ended at Karak Expressway. To tell the truth, we did not enter the expressway but we took the entry ramp to International Islamic University of Malaysia (UIAM) to take photos of Karak Expressway before turning back. Once everything had been settled, I had to bring my girlfriend back after she helped me with interesting shots to be shared with all of you. Thank you very much sweetheart!






Balik ke Sentul
Back to Sentul


Untuk melihat galeri penuh gambar, sila klik sini.



For the full photo gallery, please click here.

No comments:

Post a Comment